Tuesday, 23 April 2013

Pengubat Rindu

Assalamualaikum .. Salam Sejahtera .. =)

0_0 ,
bolat2 mata saya bolat ,
bila tengok , blog saya yang penuh dgn sawang !
Shhhhh... semburan febrez dh d kena kan ..
Harum nya !!!

Perhatian ! atas itu hanyalah senaman semata2 untuk jari jemari hanum sebab nak menaip2 mlm ni !!

pengUBAT RINDU ..

hai tawan2 ..
=') (lorh, tiba2 ada sisa air mata pulak dah..)

Actually hanum tak tahu mcm mna nak mulakan karangan yg hendak hanum karangkan ni , sebab hanum tak nak raja SEDIH menguasai hati hanum lalu mengusir permaisuri GEMBIRA ..
tapi hanum akan sedaya upaya untuk kawal raja sedih tu ! SEMANGAT !

Ubat Rindu hanum ..


jari jemari halusnya yang senantiasa menari2 di atas piano kesayangannya , 
bukti bahawa dia punya tulisan yang sangat cantik ..

1 Ehsan , kelas arwah dan saya di MMCL ..
(lukisan dari saya untuk kumpul tandatangan dari semua rakan)

tandatangan arwah yas ..
pilihannya di tempat berwarna biru , warna kesukaannya ketika itu ..

itu bukan hasil seni dari arwah , lukisan itu hanum lukis ,
tapi arwah yang warnakan..
kata arwah : apa ni hanum , tak cantik la hanum lukis .. meh yas ajaq warna cantik2 ..

tandatangan hanum dan arwah di bawah lukisan ..

Diatas tu semua adalah ubat yang hanum ada untuk lepaskan rindu hanum buat dia yang telah pergi iaitu ,
Arwah Yasmin Bt Johan @ Yasmin J Hunwick ..
Kami sama2 belajar di MMCL (Maktab Mahmud Cawangan Langkawi) masa tingkatan 1 .. 
Arwah , sangat pendiam .. kami berdua digelar kembar ketika itu .. hanum tak tahu di mana yang sama ..
Kami menjadi rakan baik bila ada pertukaran kelas ke bagunan baru , masa tu kami duk berdua di belakang kelas .. selalu juga hanum teman dia sampai ke pagar sekolah bila pulang .. hanum ada jumpa dgn mama arwah aunty saz dan adiknya , hanum tak pasti muiz atau zarif .. 

selpas tingkatan 1 , hanum pindah ke sekolah lain , arwah pun pindah juga .. dalam masa tu , kami ada berjumpa di pekan rabu untuk larian merdeka , masa tu kami tingkatan 3 .. bila terserempak , arwah terus peluk , cium pipi dan salam .. hanum tak akan lupakan agenda tu .. 

tahun lepas , jam 2 pagi , handphne hanum berdering dan ada suara yang bercakap 

hanum , ampa kenal yasmin ?
yasmin ? yasmin , yas ? kembar ?
a'a ..
kenapa ?
yasmin dah tak dak ..
buat lawak apa pg2 buta nih ..
betoi la .. tadi kawan dia , fira kol kami .. 
(diam)
hanum !
(diam , titisan air mata mula keluar..)

terkejut ! hanum betol2 tak sangka .. Allah S.W.T. lebih sygkan dia ..

Aunty Saz , Uncle Johan , Adik Muiz , Adik Zharif dan Adik Ayesha , sabar ya .. dan jgn lupakan along .. =')

itu sahaja .. 
Assalamualaikum .. <3
# yas (hanum suka panggil arwah 'yas' walaupun mulanya arwah agak kekok tapi hanum tetap panggil arwah dengan 'yas') , 




17 comments:

  1. Al-Fatihah utk arwah.. bertuah kamu dapat mengenali arwah yang pasti baik hati orangnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah , dia sangat baik hati .. pendiam , tapi suka buat lawak .. hanum seronok dapat kenal dgn dia.. =)

      Delete
  2. Salam Hanum, kata2 yg ringkas tapi mendalam. TQ kerana share bersama Aunty dan semua pembaca. Aunty dah tunjukkan Uncle Johan gambar2 diatas,menitis airmata. Teringat anak kesayangan kami. Doa sentiasa mengiringi, rumput dikubur nya sentiasa hijau walaupun dimusim panas terik. Nikmat Allah swt untuk kami lihat didunia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Aunty .. Ur Wlcme , hanum cuma nak Aunty dan keluarga tahu serba sedikit apa yang arwah tinggalkan pada hanum .. Insyaallah kalau ada masa hanum selalu ke sana ..

      Delete
  3. Ya Allah sedihnya... :( Al-fatihah untuk arwah... semoga arwah di tempat kan dalam golongan orang2 yang beriman... InsyaAllah,..

    ReplyDelete
  4. sem0ga Allah tempatkan arwah dikalangan orang2 yg beriman , Aminn ..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. MMLangkawi nie time batch Puteri kn???

    ReplyDelete
  7. paling kurang hanum ada juga pengubat rindu selepas arwah pergi .. bagi saya tiada apa yang boleh mengubat rindu saya ke atas arwah selain gambarnya .. walaupun kawan blogger sahaja tapi permergian arwah adalah paling saya akan ingat selamanya kerana cara permergian arwah sama seperti apa yang saya pernah lalui ketika kecil kerana arwah pakcik saya yang saya paling saya sayang sudah pergi selamanya cara pemergiannya sama jadi saya amat rasa sedih... setiap kali saya membuka laptop .. saya tidak memikirkan apa2 selain blog arwah .. satu per satu ceritanya saya baca .. tetapi sekarang dia sudah pergi ... allah lebih sayangkan arwah yasmin ... saya hanya dapat gambar sahaja tapi orangnya tidak .. sekarang hanya gambar arwah yang menjadi pengubat rindu di kala sunyi .... semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di golongan2 orang yang beriman .. amin .. :')

    ReplyDelete
  8. sabar itu sangat pentingkan ? jadi kita kena bersabar dan berfikiran positif .. hanum cuba untuk tidak selalu bersedih , tapi hati ni , terlalu lembut .. kita kuat ya ! supaya kita dapat teruskan kehidupan di dunia ini .. mereka yang pergi masih ada dengan kita , di mana ? semestinya mereka terkunci di hati kita ..=)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Al - fatihah buat arwah Yasmin. Semoga arwah bahagia di sana dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan solehah. Untungnya dapat kenal arwah semasa hidupnya dan berkawan dan satu kelas dengan arwah. Pastinya lagi sedih bagi kita yang pernah mengenali arwah semasa hidupnya, siap satu kelas lagi. Bersabarlah Ya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah lebih sayangkan arwah Yasmin. Saya doakan agar keluarga arwah dan hanum diberi kekuatan untuk terus hidup walau tanpa arwah bersama. Semoga Allah SWT mempertemukan kita semua dengan arwah Yasmin di sana nanti. Amin Ya rabbal Alamin. :(

    ReplyDelete
  10. Waalaikummussalam .. terima kasih sebab beri semangat buat hanum dan keluarga arwah .. dia istimewa , kami berdua berkawan rapat hanya setahun di maktab , lepas tu , kami cuma chat di fb .. namun , nilai persahabatan itu hanum sendiri tak tahu sebesar mana .. tak dapat hanum bygkan kehilangan dia dulu , tapi hanum tahu , yg hidup pasti akan pergi.. Allah ambil balik segala yang dipinjam-Nya kepada kita.. =) Amin , terima kasih lagi sekali..

    ReplyDelete
  11. berpisah di sini dan akan bertemu semula di sana. Saya baru terjumpa blog ini hari ini dan saya memahami apa yang kamu rasa. Banyakkan berdoa buat arwah dan moga kita semua bersama di syurga Nya. amin

    ~ storyinmywall.blogspot.com

    ReplyDelete