Saturday 25 October 2014

Bukan Milik Kita

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera .. >.<

mood baru habis study law .. ( ''_'' )

Kali ni, hanum cuma nak luahkan pendapat hanum, cuma PENDAPAT ya, bukan fakta tau ..
so, kalau ada pendapat lain sila lah kongsi ya !

Pernah tak dalam hidup kita, akan hadir sesuatu, atau seseorang yang buat kita gembira tapi ia/dia  tiba2 hilang?
Dah lah hilang lepas tu tak dapat dikesan pulak tu ..
Apatah lagi nak bertembung, berhubung, nak tnya khabar kan ?

Pernah tak ?

Kalau soal hanum nih, ya.. mesti pernah ..
yang datang tiba2 dan hilang tiba2 ( hilang tak semestinya mati tau .. )

Perasaan kehilangan ?
Allah saja lah yang tahu kan ? tak mungkin lah nak happy bila benda atau org yg kita suka yg selalunya ada dengan kita tiba2 tak ada kan ?
fikir logiknya mestilah sedih kan ? Sedih yg teramat ka, tak teramat ka itu bergantunglah pada diri yg merasa kehilangan tu kan ?

rasa mcm banyak pula persoalan di atas tu kan ? (tgk, persoalan lg !)

Ok, tiada lagi persoalan , sekarang yang ada cuma jawapan .. InsyaAllah ..

Bila kehilangan, hati kita pastilah sedih ..
Hanum pernah rasa kehilangan dan ya, hanum rasa kesedihan tu .. Apa yang hanum buat bukan cuba untuk lupakan dia / ia .. tapi , hanum cuba fikir , mesti ada sebab Allah buat macam ni dan mesti ada hikmah di sebalik kejadian ni .. Hanum cuba sedaya upaya hanum untuk still fikir positif .. hanum akan cuba untuk nasihat pada diri untuk terima seadanya.. Allah know more  ..

"Allah know more"
Ya, sebab tu lah hanum buat segala benda yang atas tu, perlu terima segala tentuan Dia ..
sebab Allah punya hak lebih dari kita untuk tentukan apa yang akan bakal terjadi, perlu terjadi, dan tak mungkin terjadi pada diri kita nii..
Allah pencipta kita , Allah tuhan yang 1 .. Allah adalah segala2nya , dan kita bukan siapa2 tanpa Dia ..

Yang hilang itu pasti berganti .. mungkin Allah nak hadirkan yang lebih baik untuk kita .. InsyaAllah ..

Kesimpulannya, tiada satu benda pun malahan tubuh badan kita sendiri milik kita.. Segalanya milik Dia ..
terimalah ..

setakat tu sahaja lah ya .. tiba2 mood hanum hancur .. ( T_T )

".. yg hilang itu, ku mahu kamu tahu bahawa aku tak lupakan kamu.. "

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment