Sunday 26 July 2015

All About Pastel

Assalamualaikum..

love this colour ! 

<3

*kalau ma tahu anak dia berangan nak pakai warna ni, musti dia marah disebabkan warna kulit anaknya yang agak pucat .. T-T

Wah .. disebabkan semalam otak asyik dan ligat fikir, setuju atau tak ? nak ke tak ? Bila? Bila dan bila ? Makanya, Hanum minta pendapat daripada Chik (sahabat saya).
And she answer my question : "chik teringin nak p Langkawi.. cepat please .. benda baik perlu dipercepatkan. Tapi bincang elok2 dulu hanum .."
And dahku was like : "Ermmm.. tapi hanum ini, tapi hanum itu .." *Fening , serabut , keliru , blank , semua ada.. hmm..

Dalam duk fening, serabut, keliru, blank, semua ada tuh .. tiba-tiba harini boleh pulak terfikirkan warna tema. Apakah semua ini hanum ? =_=

Tak apalah.. Puan Baiti cakap life must goes on , so..
Marilah saya memperkenalkan warna-warna tema yang sempat saya suka . ehh ? ayat apa pulak berterabur kemain.. huh !


1) kuning cair.. campur pink cair .. dan hanum cair dengan warna nih. rasa macam sweet je, rasa macam sopan + ayu .. ohhhh .. *shut up hanum ! 

2) pink cair .. campur biru cair .. campur putih-putih sikit .. i like ! 

3) ini paling favaurite.. paling paling paling .. sebab tu di atas tu sudah di tempek nya warna dress yang hampir senada dengannya .. Vintage sikit, nak kata soft tak jugak, tapi macam unik sikit .. tema kampung-kampung sikit, but still modern. 
*hoi.. berangan jauh awak hanum .. x_x

Allah .. tahap teruk sudah ni berangannya. tak apa lah, orang kata sediakan payung sebelum hujan. kita tak tahu kita ni nak berjodoh dengan manusia dulu ka, nak berjodoh dengan ajal dulu. 
so, kita kena terima segala ketentuan Allah SWT itu dengan hati yang terbuka. 

Ini saja lah dulu ya .. kalau ada apa2 berita nak di kongsi, yang hanum rasa macam sanggup nak kongsi nanti hanum kongsi lg .. Inn Syaa Allah .. Doa yang baik-baik ya .. =)

Assalamualaikum ..



Saturday 25 July 2015

Raya Hanum 2015

Assalamualaikum .

Harini, saat ini. Terkenanglah daku akan Sambutan Hari Raya minggu lepas.
*ayat apakah ini ?

Okay, Alhamdulillah.. Selesai puasa, lepas tu dah raya. Mood raya ? dah lama off. Why ?
Sebabnya memang setiap tahun macam ni, hanum bukanlah rajin nak bertandang kerumah jiran tetangga, sahabat handai, bukan apa, hanum ada sebab. Hanum tak boleh p kalau tak ada orang bawakan. Asal ? Hanum masih trauma akan kejadian hampir 2 tahun yang lepas *ecxident , dimana kesan dari kejadian itu pergelangan tanganku patah. And now hanum masih trauma dan tak pernah bawa motosikal jauh-jauh.

Sudah, bukan nak cerita pasal kisah excident dulu tu, tapi nak cerita sikit la perkara yang menghappykan dan menyedihkan diri ini pada sambutan Raya kali nih.

Yang menyedihkannya ,
1) Family Kak long dan Family Kak ngah tak ada disebabkan turn beraya di rumah suami.
2) Kak lang kerja awal pagi raya.
3) Cuma tinggal hanum, adik, ma dan ayah so tahun ni tak ada family potret and open house.
4) Dua orang sahabat hanum, Zuliana dan Hayati juga kerja di awal pagi raya.
5) Oleh itu, tak ada jalan-jalan beraya di rumah family sahabat.

=(

Yang menghappykan ,
1) Dapat solat sunat Aidilfitri dengan ma, ayah and adik sama-sama.
2) Hanum diberi kesempatan beraya dengan 2 orang sahabat di MMCL dulu yang dah 7 tahun tak jumpa, Hadi Syahiran and Ishak. Thanks.
3) Wa ada di Langkawi tahun ni. So boleh makan sedap-sedap.
4) Walaupun tak buat open house, tapi Wa telah masakkan makanan yang sedap-sedap untuk family hanum dan adik beradik yang lain.
5) Allah masih panjangkan usia hanum. Alhamdulillah.

=)

.. Macam biasa lah, bila banyak fikir-fikir banyak terkenang-kenang ni, hanum sentiasa perlu set balik mind hanum bahawa setiap yang Allah jadikan itu BERSEBAB bukan saja-saja. Allah lagi tahu daripada kita yang dicipta-Nya. So, let's back to fitrah.

*kan dah cakap tahun ni tak ada family potret, so tak ada lah gambar yang hanum nak postkan selain di bawah ini. tu pun search google. thanks google.


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Terima kasih,
Assalamualaikum.

Tuesday 23 June 2015

Ramdhan

A


   ssalamualikum , salam sejahtera ..
Apa khabar ?

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan bulan penuh berkat buat umat Islam ..

Alhamdulillah .. Tahun ni , hanum berpuasa 100% di Langkawi , tak macam tahun lepas cuma 10% saja di Langkawi dengan family , yang bakinya semua berpuasa di Kulim dengan kawan-kawan .

perbezaan ? amat berbeza , kalau di Langkawi boleh la nak ma kejut bangun sahur, nak makan makanan berbuka pun ma yang masakkan .. Bila di Kulim ? Bangun sendiri, kadang 2 3 hari terbabas la jugak bersahur , bangun dah subuh , so mandi, siap, gi kelas lah ..
Tapi, Part nak buka puasa best , habis kelas balik rumah sewa terus menolong Kak Niza (salah sorang housemate) memasak . Dia punya masakan, sedappp .. Hanum punya skill memasak masih diasah, so please jangan mempertikaikan.

Kadang juga kalau nak merasa masakan orang Kulim, sanggup lah juga kami berjalan kaki, BERJALAN KAKI okay ? ke bazar , ada yang jauh ada yang dekat , better gi yang jauh sebab banyak makanan , kalau yang dekat banyak airrr..

Pernah la jugak kami beramai-ramai buka puasa sambil berjalan kaki balik dari bazar disebabkan kejauhan bazar dengan rumah sewa, ditambah dengan tenaga yang tak banyak mana, memang slow lah kaki melangkah. Tak sempat sampai rumah sewa dah azan magrib , makanya minum dululah sikit, sampai rumah terus makan berjemaah..

Best ?
Berpuasa dengan family dengan berpuasa dengan kawan-kawan sama ja dia punya tahap Best tu..
Sebenarnya tak kisah lah puasa kat mana pun, asalkan ikhlas LILLA HI TAALA. kan ?

so, dah hari yang ketujuh , Alhamdulillah sempurna ..
Semoga kita dapat selesaikan ibadah puasa dengan baik .

Selamat Beramal !

ps: yg tahu rumah Hanum, nanti raya jemput datang raya ke2 .. Inn Syaa Allah ..
     better inform dulu ok ?

Assalamualaikum . =)

Tuesday 9 June 2015

Terima Kasih

Assalamualaikum , salam sejahtera semua ..
semoga sihat selalu .. amin ..

tujuan taip kali ni , Hanum nak ambik peluang untuk ucap terima kasih buat semua orang yang hanum kenal dan orang yang kenal Hanum.

first , kenapa tiba-tiba nak ucap terima kasih bagai ni ?

Sebab , Hanum rasa masa nya dah tiba untuk Hanum ucap terima kasih .
Yala, sebelum ni memang la Hanum secara automatiknya akan ucap "Terima Kasih" or "Thanks" kat orang yang tolong Hanum , tapi ucapan Terima Kasih kali ni lebih mendalam . Maybe.

Kepada ,

-Ma Ayah , kakak2ku dan adik , saudara mara jauh dekat samada rapat atau renggang.
-Rakan sepengajian tak kira lah dari PASTI dulu kala sampai lah sekarang ni Hanum tengah menuntut di PTSB , termasuk guru-guru juga , makcik kantin , pekebun , cleaner semuanya lah .
- Juga buat orang yang pernah mengajar hanum ngaji Quran.
- Orang yang pernah tolong Hanum angkat beg berat dari perut bas , juga orang yang tolong ambil fon hanum yang sudah berkecai atas lantai sebab jatuh di kantin , juga adik yang dah tolong kejut Hanum masa dalam bas dan ramai lagi ..
- Orang yang cuma kenal beberapa minit atau saat .
- Orang yang dah kenal bertahun lama .
- Orang yang pernah kenal dan rapat tetapi sekarang tidak lagi .
- Dan ramai lagi , semuanya termasuk Uncle Very Good .

Semua ya .. kepada semua yang kenal Hanum dan Hanum kenal .

"Terima kasih sebab pernah muncul dalam hidup Hanum . Hanum percaya bahawa setiap manusia yang hanum kenal di dunia ini , pasti ada baiknya . Tak , hanum tak nak fikir yang buruknya , sebab ayat ini "I CHANGED MY THINKING , IT CHANGED MY LIFE" .
so, kita lupa segala perkara buruk , segala benda negatif , ok ?
Inn Sya Allah , apa yang Hanum ingat cuma benda positif , termasuk lah kenangan manis. Selagi Hanum tak lupa ingatan , inn syaa Allah Hnaum tak akan lupa .
Perkara manis tu lah yang banyak bantu Hanum berubah sampai jadi Hanum yang sekarang .
So, terima kasih sebab bagi Hanum peluang mengenali kamu semua , insan yang Hanum kenali , sebab bagi peluang untuk Hanum create kenangan manis dengan kamu semua . Hanum hargai ."

Tapi , asasnya ,
Hanum amat berterima kasih kepada Dia yang satu , Allah SWT sebab , jika bukan kerana ketentuanNya , kita tak akan saling mengenali .


Terima Kasih Semua ,

Ikhlas ,
Hanum Syaira / Gadis Tulip / White Hacker

Saturday 18 April 2015

Tiada Tujuan

Assalamualaikum .. Salam Sejahtera semua ..

Hari ni ? sekarang ni ? masih tercari-cari benda apa lah yang nak ditaip ..
fuhh .. tak senang , time ada idea tu la sibuk itu ini, time tak da idea lagu ni lah dia nak free sikit masa .. sikit ja lah .. satgi kena p study untuk final .. hmm..

Hakikat yang sebenarnya, ada idea yang nak di taip , tapi otak ligat fikir, fikir dan fikir , boleh ka tak Hanum taip ni ? kalau Hanum taip ni, ada tak yang sakit hati , ada tak yang salah faham .. nak jaga hati semua orang ..

Allah .. punya la otak ligat berfikir sampai last sekali , Hanum was like , "urm.. tak payah taip lah .." tapi nak taip jugak!

haa.. ini parah bagi daku yang bercita-cita ingin menjadi blogger macam Sis Yuyu Zulaikha , start berblog pun sebab suka usya dia punya entry walaupun daku tak pernah pun tinggalkan kiss (comment) di entry dia tapi daku kadang-kadang tercuit juga hati ini bila baca penulisan dia..
ya itulah penerangannya bagi soalan "Kenapa awak ada blog Hanum?"

Okay .. idea ? idea ?
......................... loading ............................... masih berputar ........................................................

okay okay ,
Idea tak muncul tiba juga ..
so , cuma nak pesan lah buat sesiapa yang terbaca ini punya entry ,
doakan Hanum berjaya dunia akhirat itu saja .. terima kasih ..

T-T (hati tengah hancur sebab still tak da idea)

Assalamualaikum ..

Tuesday 3 February 2015

" Jangan Putus Asa "

Assalamualaikum .. Selamat Sejahtera .. =)

Ada suatu persaan sebenarnya masa tengah taip menaip nih ..
fuhh... payah yang amatlah nak faham perasaan yang ni, bukan marah , dan pasti bukan gembira ..

Apabila sedih , kecewa , geram , seceduk putus asa bercampur gaul bersama , letak pulak setitis air mata , rasa dia jadi lain macam .. lansung tak sedap dilihat apatah lagi nak ditelan ..

Allah .. saat ni bilang pada diri , " sabar separuh daripada iman hanum, sabar separuh daripada iman hanum " ulang dan ulang dan ulang lagi ..

rasa macam nak ja pack barang balik Langkawi , duk dengan ma ayah n family .. tp .. mana boleh esok quiz lah , final pun dah tak lama dah .. tak boleh tak boleh ..
hmm..

serba tak kena kan hanum ni ?
dah la tak pandai nak faham perasaan diri sendiri , apatah lagi nak faham orang lain , walau pun hanum dah cuba faham orang lain tu dan ingat hanum dah betul2 faham , rupanya, nyatanya hanum tak faham orang lain tu seinci pun .. hmm ..

itulah kelemahan hanum ..

dalam pada duk rasa macam nak putus asa ni tiba-tiba muncul la sesuatu yang lebih kurang macam dapatlah buat hanum cancel nak putus asa tu .. kiranya hanum tak jadi putus asa lah ..

this ..

" Jangan putus asa, cari balik perkara yang hilang itu, mungkin jumpa nanti.. Inn Syaa Allah.. Kalau tak jumpa jangan sedih.. Bersedialah untuk perkara yang baru.. Yang baru mungkin tak sama dengan yang lama.. tapi kuatkan semangat untuk jadikan ia lebih bagus daripada yang lama.. Jangan jadikan itu sebab anda berputus asa, islam tak pernah mengajar kita berputus asa.. Tapi sebaliknya islam mengajar kita berusaha untuk buat yang lebih baik (bukan niat berceramah dengan sedikit harapan dan alhamdulillah) "

Ingat selalu .. Inn Syaa Allah ..

Thanks

Assalamualaikum ..