Saturday 22 December 2012

Bahagia-Nya


As’salam.. =) (nada sedih kurang bermaya)
Fever!!!! Dush!3 tolong korang cpt2 tembak Fever nih.. Hanum tak nak kawan dgn dia ! =’(

Korang, hanum rasa keadaan bahagia tu susahkan untuk dimiliki? Jenuh kita kena kejar mengejar dia kan? Kita kena berusaha smpai dpt kan? Yang pastinya, jalan yg kita lalui untuk cari kebahagiaan tu mesti la penuh duri kan? Aouch ! memang sakit kena durinya. Mana Hanum tahu? Yala, Hanum ni sebenarnya tengah mencari kebahgiaan tu, Hanum dah nmpk dah sinar kebahagiaan tu, tapi korang faham sendiri la kan, fuyoo manyak susah tau nak dapat kebahagiaan tu.. Habis dah ni hati Hanum luka, calar balar siap plus dengan darah merah menyala tu.. Sakit and parah sungguh.. Pernah juga hanum rasa yg diri hanum ni tak layak untuk dpt kebahagiaan tu, tapi diatas pertolongan Al-Quran Al Karim, hanum tetap sabar dan tak mudah berputus asa. Rasulullah pun dah pesan kan, Sabar Itu Separuh Daripada Iman.. =)


 Hanum ni bukan la seorang yg sangat alim, hanum tak sempurna, tapi hanum selalu mencuba untuk menjadi sempurna .  Di dalam hidup hanum yg penuh dgn cabaran ni, hanum selalu ingtkan diri hanum supaya sabar.. tapi. Pernah la dulu, hanum dicaci maki budakn diatas kesalahan hanum.. kalau korng, korang buat apa? Mesti balas balik la kan? Tapi hanum still diam, ya, nidia lah perangai hanum, kena tera mana pun mesti akan diam. Tahu org tu kata apa kat hanum lepas dia tengok hanum tak bagi respon apa2 kat dia?
“haha, aku tahu hang ni takkan balas sebab hang ni pengecut, penakut, lembik !”
perh.. masa tu hanum rasa macam nak lempang ja dia. Tapi still sabar lagi..
Nak tahu tak rahsia hanum kenapa hanum masih sabar?
bagi hanum,
Bila Kita Diam Disaat Dia Mencaci Kita, Hati Dia Akan Bertambah Sakit !

so, tak payah la kita bersusah payah membazirkan tenaga untuk mencaci balik dan buat rugi air liur ja kan?  Air liur tu simpan buat peta atas bantal busuk pun lagi baik kan3?

Tapi, beringat tau, bila kita nak cari kebahgiaan tu, kita kena redha jugak.. yela, lau kita masih duk paksa diri kita tapi tak dpt, kita kena redha dan minta petunjuk dari Allah..
contohnya,
Korang sudah jatuh cinta kepada seseorang, kira habis syg giler la kat dia kn? Tapi jodoh korang dgn dia tak kesampaian lg (blum smpai tahap “aku terimanya nikah akan dikau….” ) . Korang kena redha.. Mesti la korang nak buat dia bahagia kan? Tapi kalau korang tak dapat bahgia kan dia, biarkan dia, lepaskan dia jika korang tahu dia akan bahagia tanpa korang.. Mungkin Allah dah tetapkan yg lebih baik daripada dia untuk korang.. kan?

Ingat, Kita semua tidak kesepian selagi kita masih bersama Allah SWT yg Maha Agung.. =)

Erm, ok.. setakat ini dulu ya.. tata.. As’salam.. =)
I Love Allah SWT.. <3

No comments:

Post a Comment