Thursday 23 May 2013

Kerana 5 Huruf ..

Assalamualaikum , salam sejahtera .. =)

Apa khabar korang semua ? Harap sihat sejahtera ..
cuba korang teka apa 5 huruf yg hanum maksudkan kat title tu ...
(cepat jwb , sapa betoi dapat coki2 dlm mimpi..hehe )

jawapan ,
miss blank says , 5 huruf mean , H.A.N.U.M !
pak mat tempe says , 5 huruf mean , T.E.M.P.E !
budak jujur says , 5 huruf mean , kakak , maaf saya tak dapat teka , kakak tolong kasi jawapan boleh ? (sambil buat muka comel tanpa izin )
(saya ingin memaklumkan , bahawa semua jawapan yang tertera di atas terlahir dari kotak fikiran saya, saya belum bermula untuk berfikiran diluar kotak fikiran saya)

Baiklah , disebabkan semua jawapan itu salah , hanum dengan baik hati akan beri jawapan itu ..
Jawapannya ialah , C.I.N.T.A !



CINTA , apa maksud yang tersirat dan tersurat dalam perkataan yang sangat famous tu ?
Sebenarnya , hanum pun tak tahu ,
sebab ...
bagi hanum cinta tu sangat terbuka ..
maksud hanum , cinta tu boleh dilahir , terlahir , dan melahir ..
(jap , bukan Cinta Laura pelakon indonesia tu ya ibuk2 , bapak2..)

Hanum rasa cinta ni boleh diberi kepada sesiapa , dan apa2 saja ..

contoh ,
Allah S.W.T
Rasulullah
Ibu Ayah
Adik Beradik
Kekasih
Kawan-kawan
Binatang peliharaan
Pokok bunga ( TULIP !)
dan lain-lain yang sewaktu dgn nya ...

For me ,
cinta kepada sesuatu di dunia ini cuma seketika , tapi cinta kepada Allah S.W.T. itu selama-lamanya ..
Allah pecinta yang paling setia , kalau tidak disebabkan Allah S.W.T. , tuhan kita yang satu , tidak mungkin kita boleh wujud di dunia ni ,tidak mungkin hanum boleh berBlogger sekarang.. kepada Dia lah , kita kena curahkan cinta kita .. walaupun wujudnya cinta kita kepada seseorang yang bergelar ibu bapa , kekasih , suami atau isteri, tapi mungkin cinta itu tidak seagung cinta kita kepada Allah S.W.T. .. Ingat , cinta Allah perlu lebih daripada kita cintai yang lain ..

Hanum CINTA Allah S.W.T.
Hanum CINTA semua orang atau benda yang cintakan hanum ..

ps 1 : Cinta Tidak Semestinya Memiliki ... <3
ps 2 : Cintailah dan Menyintailah kerana Allah S.W.T.

sekian , itu sahaja dari hanum malam ni ..
Doakan hanum supaya murah rezeki , hati hanum sekarang berdebar tunggu esok hari .. =)

Assalamualaikum , Selamat Malam .. =)

No comments:

Post a Comment