Saturday 25 July 2015

Raya Hanum 2015

Assalamualaikum .

Harini, saat ini. Terkenanglah daku akan Sambutan Hari Raya minggu lepas.
*ayat apakah ini ?

Okay, Alhamdulillah.. Selesai puasa, lepas tu dah raya. Mood raya ? dah lama off. Why ?
Sebabnya memang setiap tahun macam ni, hanum bukanlah rajin nak bertandang kerumah jiran tetangga, sahabat handai, bukan apa, hanum ada sebab. Hanum tak boleh p kalau tak ada orang bawakan. Asal ? Hanum masih trauma akan kejadian hampir 2 tahun yang lepas *ecxident , dimana kesan dari kejadian itu pergelangan tanganku patah. And now hanum masih trauma dan tak pernah bawa motosikal jauh-jauh.

Sudah, bukan nak cerita pasal kisah excident dulu tu, tapi nak cerita sikit la perkara yang menghappykan dan menyedihkan diri ini pada sambutan Raya kali nih.

Yang menyedihkannya ,
1) Family Kak long dan Family Kak ngah tak ada disebabkan turn beraya di rumah suami.
2) Kak lang kerja awal pagi raya.
3) Cuma tinggal hanum, adik, ma dan ayah so tahun ni tak ada family potret and open house.
4) Dua orang sahabat hanum, Zuliana dan Hayati juga kerja di awal pagi raya.
5) Oleh itu, tak ada jalan-jalan beraya di rumah family sahabat.

=(

Yang menghappykan ,
1) Dapat solat sunat Aidilfitri dengan ma, ayah and adik sama-sama.
2) Hanum diberi kesempatan beraya dengan 2 orang sahabat di MMCL dulu yang dah 7 tahun tak jumpa, Hadi Syahiran and Ishak. Thanks.
3) Wa ada di Langkawi tahun ni. So boleh makan sedap-sedap.
4) Walaupun tak buat open house, tapi Wa telah masakkan makanan yang sedap-sedap untuk family hanum dan adik beradik yang lain.
5) Allah masih panjangkan usia hanum. Alhamdulillah.

=)

.. Macam biasa lah, bila banyak fikir-fikir banyak terkenang-kenang ni, hanum sentiasa perlu set balik mind hanum bahawa setiap yang Allah jadikan itu BERSEBAB bukan saja-saja. Allah lagi tahu daripada kita yang dicipta-Nya. So, let's back to fitrah.

*kan dah cakap tahun ni tak ada family potret, so tak ada lah gambar yang hanum nak postkan selain di bawah ini. tu pun search google. thanks google.


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Terima kasih,
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment