Monday, 28 April 2014

Pesanan Ikhlas,

Assalamualaikum, salam sejahtera.. =)
Apa khabar? Sihat? Harap2 sihat selalu ya.. (ayat skema teruk)

Ok, tiba2, harini Hanum teringatkan Ma dgn Ayah..
Hanum selalu tgk Ma dgn Ayah Hanum kerja kuat, cari duit untuk jaga 5 anak perempuan depa (mereka) nii..
Jujur ckp, Ma Ayah tak pernah pandai untuk rasa diri sendiri tu penat ka tak. Yg penting, depa kena pastikan anak2 depa ni selalu sihat dan gembira..

Ma Hanum, (Puan Halijah Binti Wahab)

Dialah ma yang Hanum rasa paling HEBAT di dunia ni, ma yang tak pernah penat, tak pernah tahu duk diam2 rehat kat rumah, kalau ada dirumah pun ada saja benda yang nak dia buat..
Yang paling Hanum suka sekali, ma Hanum tak takut, tak geli dgn ular..

Pernah la, satu ketika, waktu tu hanum sekolah rendah kot, ma hanum tgh solat asar, kami berdua ja kat rumah time tu, hanum duk dekat ruang tamu utama tgk tv.. Nak dijadikan ceritanya, hanum rasa mcm ternampak sesuatu panjang menjalar2 kat lantai dkt ruang tamu depan.. sekali tgk, hanum ok lg, alih kali kedua, hanya Allah ja la yang tahu betapanya nak digambarkan kegelian yang hanum rasa sampai loncat berdiri dekat atas sofa.. Adui, memang ular lah.. Hanum time tu memang tak dapat gerak dah, duk doa ja dlm hati bg ma cepat2 habis solat..

Tgk ma siap baca doa, terus pgl ma, “ma, ular..” (muka pucat lesi) “apadia? Cuba cakap kuat sikit”, (ma bls dgn slumber) “tu.. ular..” , (suara kuat la sikit) ..
Ma baru dgr luahan hati hanum masa tu, terus ma kata, “duk situ diam2”. Tak payah la bygnkan mcm mna rupa muka hanum time tu, memang serius gila lah, geli tak terkata, siap sinting kaki seluaq lg sbb rasa mcm ada benda duk menjalar dkt kaki.. Ma hanum keluaq rumah guna pintu dpur, tahu dah apa yang dia nak ambik, BULUH la.. Ma masuk balik, pelan2 ja ma p kat ruang tamu depan tu, hanum tgk ma masa tu, hanum gambarkan mcm ma siap sedia nak p berperang tau, dalam hati “KAULAH HERION KU SELAMA2NYA MA! Maaf Syaira tak mampu nak menolong..” tiba2 dgq bunyi ma duk balun ulaq, Ya Allah, betapa berani dan betapa ma tak tahu takut kena patuk ka apa dgn ular tu, akhirnya ma berjaya membunuh ular tersebut! Yei! Alhamdulillah!

Tak2, jgn babitkan ma hanum dgn kes pembunuhan, no!3 ma hanum bunuh ular tu sebab ma hanum sygkan hanum.. ma tau betapa gelinya (tak takut okeyh) hanum dgn ular..
Haa.. itulah ma hanum..

Buat ma, thanks for everything, dari syaira kecik sampai la syaira besaq sekarang ni.. Jaga syaira time baby, masa umur syaira 4 tahun, ma jaga syaira dkt hospital.. ma hantaq ambik syaira p sekolah masa sekolah rendah, bila sekolah menengah ma ambik syaira kat sekolah bila kena tgl dgn bas, time syaira teriak tgk result2, ma pesan, “Syaira dah buat, syukur lah.. tu yang syaira mampu, yang penting buat dgn ikhlas dan jadi diri sendiri”.. Syaira excident, ma mandikan, ma suapkan, ma tlg pakai baju, ma tolong sikat rambut, semua ma buat.. Terima kasih sgt2 ma.. Terima kasih, Syaira tak mampu nak balas semua apa yang ma buat untuk Syaira, Cuma 1 benda ja yang Syaira tgh usahakan skrg untuk tlg ma di akhirat nanti.. Doakan Syaira berjaya ya.. Love u ma.. <3

Pesanan ikhlas : So, walau apa pun yang terjadi, ma, tetap ma.. kita kena hormat dan sentiasa jaga hati ma. Sebelum ckp apa2 dgn ma, fikir dulu, betul ka tak, ok ka tak, kasar ka tak, tersentuh ka tak hati ma bila dgr apa yg kita nak ckp tu.. Kita dah kahwin ka, belum lg ka, masih belajar ka, dah bekerja ka, kita tetap kena doakan yang terbaik dan buat ma kita  hpy sentiasa.. kalau ma dah tak ada, doa ank2 soleh/solehah ma saja yang boleh bantu ma masa tu.. siapa anak2 soleh/solehah ma kita? Fikir ya.. =)


Hmm, itu sajalah untuk entry kali ni, next entry, insyaAllah Hanum cerita pasal Hero hanum ya, Encik Hashim bin Ariffin (ayh) .. =)

Assalamualaikum.. 

No comments:

Post a Comment