Tuesday, 13 January 2015

Kenal Rasulullah SAW

Assalamualaikum ..
kali ni sengaja lah nk kongsi apa yang dapat .. sikit saja ..
rajin-rajinlah baca ya .. =)

12 Rabiul Awwal 1436H
BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut..
.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopa knya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya ag ak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan .
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antahra kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik..
Wallahua'lam Bissawab ....

# kongsi apa yang dapat .. 
Assalamualaikum .. =)

Sunday, 4 January 2015

Tuan Muda

Assalamualaikum ..

Tuan Muda , someone that always make me cry , laugh and fall in love at the same time ..

hubungan .. masuk tahun baru 2015 nih dah hampir 5 tahun berkenalan , am ayah saling kenal , ahli keluarga yang lain pun kenal , ma dah bagi lampu hijau ( guna baik2 ok? )

Kalau betul pengenalan kita Kerana Allah , 
satu sahaja doa .. "Ya Allah kekalkan kami dengan niat utama iaitu keran Mu.. "
itu saja ..

Tuan Muda , perjalanan hampir 5 tahun yang amatlah liku-liku , siap pernah terhumban , tergelincir , tersadung dan terluka berdarah putih kayak Mahsuri , tapi Alhamdulillah kita kukuh berdiri lagi ..
belajar dari kisah lalu bukan ulangi kenangan lalu ..

Tuan Muda , wait for end of 2015 .. 

Tuan Muda , <3

Tuan Muda , thank you .. 

Thursday, 1 January 2015

Entry untuk semua bila ku sudah tiada ..

Assalamualaikum .. =)

Kali ini , trdetik pula di jantung hati limpa dan urat saraf bahawasanya Hanum ingin memohon maaf yang tak terkira kepada semua yang kenali Hanum ..

kenapa tiba2 ?
..
mati , kita tak tahu pun bila .. kalau tahu , pasti amat pasti lah tiada hiburan di dunia , tiada yang berbalah merata-rata , yang ada semuanya sibuk beribadah ..

Allah bijak , teramatlah bijak ..

Ingat mati ?
tolonglah , selalulah ingat mati ..

percayalah , bila selalu ingat mati tu , nak buat apa pun pikiaq banyak kali , nak buat jahat pun tak jadi , sebab apa ? sebab takut nanti mati masa tengah menipu , takut nanti mati masa tengah derhaka dengan ma ayah ..

jadi .. ingatlah , mati tu amat amatlah pasti ..

......

Hanum nak minta maaf , nak minta halalkan segala-galanya yang diberi kepada Hanum ..
maaf kepada semua kenalan ..
rakan dan guru sejak PASTI , pra-sekolah , mangaji malam , tuisyen , SK EWA , mengaji petang , MMCL , SMK Ayer Hangat , POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH ..
saudara mara jauh dan dekat
rakan sekerja di 6D cinema , Cable Car Langkawi ..
kenalan di Cable Car , Facebook , Wechat , Whatsapp , Insta dan lain-lain lagi ..
kalau nak di senaraikan nama , Allah sahaja yang tahu betapa ramainya kenalan , ada yang hanum kenal mereka tak kenal , ada yang hanum tak kenal mereka kenal dan ada yang kita sama-sama kenal ..
Maafkan Hanum ,
dan Hanum sudah maafkan kalian semua ..

Assalamualaikum ..

Tentang rasa

Assalamualaikum ..

... tiada pembuka ...

saat ini , hati hanum mempunyai suatu rasa yang hanum sendiri tak dapat faham ..
mungkin Kehilangan , mungkin Penemuan , mungkin juga sesuatu yang Rahsia ..

Rindu ,
pada sahabat , hanum sendiri rindu mereka iaitu sahabat , rindu gelak tawa mereka , rindu keperihatinan mereka , rindu khabar dari mereka , rindu gurau senda mereka  ..
yang pasti Allah aturkan ini semua ..

Allah ..
Hanum amat rindukan mereka ( Cah, Na, Yati, Qis, Tin )

Assalamualaikum .. ='(

Tuesday, 11 November 2014

K pop dan Hanum ?

Assalamualaikum.. Annyeong !
Seperti yang dijanjikan suatu hari dahulu, korea lah harini kannn..

Ok2, minta maaf siap-siaplah buat yang bukan peminat K pop tu .. Hanum ni pun bukan lah fanatic sangat dengan K pop nih, Hanum takat suka Drama dengan Lagu ja..

Baiklah, tapi bukan Hanum nak ceritakan segala drama dengan lagu Kpop nih, Hanum nak cerita apa yang paling Hanum suka aja ..

Ok, Yong Hwa (ntah betul ka tak Hanum eja nama dia tu tak tahu lah) umur dia? Ntahlah, tak tahu.. girlfriend dia? Lagi lah den tak tahu, yang den tahu suara dia sedap dan lagu dia, ohsemmmmm..
Yong Hwa nih vokalis utk band Cnblue.. lagu2 depa serius best, and lagu first depa yang buat Hanum terus melekat nih tajuk LOVE dengan LOVE Girl .. best sangat , maybe memang Hanum ni jenis yang suka lagu genre macam tu kot .. and suara dia merdu lah … (^_^)

Hanum makin suka band nih bila tengok cerita Heartstrings, 1 band terus belakon dalam drama tuu.. yup.. cerita tu dah lama dah , tapi hanum baru berkesempatan tengok kat tv7 setiap 12-1 tengahari (sekarang dah habis, hanum mapu tengok balik scra online, sbb yang kita tv tu selalu missed ada kelas)

Lagi 1 yang Hanum suka pasal dia, dia padai main gitar .. sememangnya Hanum ni jenis yang suka lelaki yang pandai main gitar, tak tahu lah kenapa, tapi mungkin sebab nampak smart kot bila main gitar .. tapi lagi smart bila lelaki duduk saf’ paling depan dan jadi imam untuk solat kannn ? >.<

Apa2 pun, Yong Hwa lah paling Hanum minat kalau ikut Kpop,

Ada lagi yang lain mcm kumpulan Beast lagu ‘shock’ .. Kalau perempuan Hanum tak jumpa lah band , yang Hanum jumpa kumpulan biasa ja lah.. Kumpulan perempuan Hanum paling minat 2ne1, yang lain? Tak tak takkkkk.. 

dalam cerita Heartstrings dia selalu pakai baju warna putih, i like !

Headfon kita sama wahai Yong hwa.. hehe


itu saja harini, nak sambung tgk Heartstrings! tata..
Assalamualaikum .. =)

Saturday, 1 November 2014

Favourite song ?

Assalamualaikum . hai .. =)
(maaf lah, sekarang terasa nak tiap hari main taip2 kat blog ni then publish, publish n publish.. hehe)

siapa lah pulak mamat ni kan ?
 nak tahu?


Ya ! mamat korea lah .. nama dia Eric Nam dan baru ja semalam dia tarik hati hanum jatuh dengan suara dia bila dia cover lagu "Eyes, Nose, Lips" dalam bahasa english .. Dia ni penyanyi juga, penyanyi baru ja.. umur dia ? 26 tahun.. hehe (hasil, google search)

Asalnya, semalam tu buka youtube nak tengok lirik lagu "Come Back Home" by 2ne1 , tiba-tiba muncul pula video lagu tu .. Aduhai.. Housemate hanum tahu la macam mana gelagat hanum bila dengar lagu tuh.. 

Penyanyi asal lagu tu Teayang dari group Bigbang, dan lagu dia full korea.. tapi Eric Nam ni dia translatekan lagu tu jadilah lagu dalam bahasa matsaleh nih .. 

Hanum suka ! suka ! suka ! lagu nih wei.. 

Teayang dari kumpulan Bigbang .. penyanyi asal ..
nak dengar lagu asal ?


lirik lagu dia hanum suka, terbayang pulak suami hanum petik gitar main lagu tu bila hanum merajuk .. Eiii .. melebih sudah , akad nikah pun belum .. hehe

itu ja lah yang nak diceritanya.. 
pastikan dengar lagu tu tau ! tapi jangan sampai lupa Allah pula ! 
Assalamualaikum .. =) <3

Friday, 31 October 2014

.. ma ayah

Assalamualaikum..

... *baru letak fon, cakap dengan ma..

Final exam esok, 1/11/14 , subjek Law, semoga Allah permudahkan.. Amin.. itulah call ma, gitau nak exam esok, harap ma doakan yang terbaik untuk anaknya nih.. Amin.. 

tak.. janganlah salah faham, jangan cakap, 
" Hanum nih, nak exam, nak itu, nak ini baru call ma.. ish3.. "
harap Allah jauhkan diri pembaca dari berfikiran sedemikian lah.. 

Restu ma ayah nih, bukan time nak exam, nak kahwin ja yang nak di mintanya.. Kita nih, haraplah ma ayah restu setiap apa yang kita lakukan walau di mana kita ada, sepanjang hidup kita.. InsyaAllah, Allah permudahkan hidup..

Hati, perasaan ma ayah tu mahal, kita kena jaga, bukan macam nak jaga harta kita dari lenyap, tapi kita kena jaga jauh lebaih baik dari tu tau.. Ma ayah kita tu Allah pinjamkan sahaja, bukan milik kita pun .. 

Tapi ingat tolong ingat tiap titik peluh ayah cara rezeki untuk jaga kita, ingat tiap titik susu dari badan ma kita dan ingat darah kita ni datangnya dari mana kalau bukan ma ayah kita tau..

 Allah hadirkan ayah, yang sangat lah penyayang.. Alhamdulillah .. Allah adakan ayah yang sentiasa ada untuk anak2nya .. Syaira sayang ayah .. (gambar sem lepas ayah hantar dekat asrama, atas katil hanum..)


Seorang mak yang tak pernah tahu penat , yang tegas , yang selalu juga dengar cerita2 dari kami anak2.. Allah .. terima kasih sebab Engkau hadirkan Nya .. 
(love u till the end)


Jangan jadi anak derhaka, jangan jangan jangan ..

Doakan yang terbaik buat mereka, doa supaya Allah jauhkan mereka dari Api neraka .. Aminn..