Sunday, 26 July 2015

All About Pastel

Assalamualaikum..

love this colour ! 

<3

*kalau ma tahu anak dia berangan nak pakai warna ni, musti dia marah disebabkan warna kulit anaknya yang agak pucat .. T-T

Wah .. disebabkan semalam otak asyik dan ligat fikir, setuju atau tak ? nak ke tak ? Bila? Bila dan bila ? Makanya, Hanum minta pendapat daripada Chik (sahabat saya).
And she answer my question : "chik teringin nak p Langkawi.. cepat please .. benda baik perlu dipercepatkan. Tapi bincang elok2 dulu hanum .."
And dahku was like : "Ermmm.. tapi hanum ini, tapi hanum itu .." *Fening , serabut , keliru , blank , semua ada.. hmm..

Dalam duk fening, serabut, keliru, blank, semua ada tuh .. tiba-tiba harini boleh pulak terfikirkan warna tema. Apakah semua ini hanum ? =_=

Tak apalah.. Puan Baiti cakap life must goes on , so..
Marilah saya memperkenalkan warna-warna tema yang sempat saya suka . ehh ? ayat apa pulak berterabur kemain.. huh !


1) kuning cair.. campur pink cair .. dan hanum cair dengan warna nih. rasa macam sweet je, rasa macam sopan + ayu .. ohhhh .. *shut up hanum ! 

2) pink cair .. campur biru cair .. campur putih-putih sikit .. i like ! 

3) ini paling favaurite.. paling paling paling .. sebab tu di atas tu sudah di tempek nya warna dress yang hampir senada dengannya .. Vintage sikit, nak kata soft tak jugak, tapi macam unik sikit .. tema kampung-kampung sikit, but still modern. 
*hoi.. berangan jauh awak hanum .. x_x

Allah .. tahap teruk sudah ni berangannya. tak apa lah, orang kata sediakan payung sebelum hujan. kita tak tahu kita ni nak berjodoh dengan manusia dulu ka, nak berjodoh dengan ajal dulu. 
so, kita kena terima segala ketentuan Allah SWT itu dengan hati yang terbuka. 

Ini saja lah dulu ya .. kalau ada apa2 berita nak di kongsi, yang hanum rasa macam sanggup nak kongsi nanti hanum kongsi lg .. Inn Syaa Allah .. Doa yang baik-baik ya .. =)

Assalamualaikum ..



Saturday, 25 July 2015

Raya Hanum 2015

Assalamualaikum .

Harini, saat ini. Terkenanglah daku akan Sambutan Hari Raya minggu lepas.
*ayat apakah ini ?

Okay, Alhamdulillah.. Selesai puasa, lepas tu dah raya. Mood raya ? dah lama off. Why ?
Sebabnya memang setiap tahun macam ni, hanum bukanlah rajin nak bertandang kerumah jiran tetangga, sahabat handai, bukan apa, hanum ada sebab. Hanum tak boleh p kalau tak ada orang bawakan. Asal ? Hanum masih trauma akan kejadian hampir 2 tahun yang lepas *ecxident , dimana kesan dari kejadian itu pergelangan tanganku patah. And now hanum masih trauma dan tak pernah bawa motosikal jauh-jauh.

Sudah, bukan nak cerita pasal kisah excident dulu tu, tapi nak cerita sikit la perkara yang menghappykan dan menyedihkan diri ini pada sambutan Raya kali nih.

Yang menyedihkannya ,
1) Family Kak long dan Family Kak ngah tak ada disebabkan turn beraya di rumah suami.
2) Kak lang kerja awal pagi raya.
3) Cuma tinggal hanum, adik, ma dan ayah so tahun ni tak ada family potret and open house.
4) Dua orang sahabat hanum, Zuliana dan Hayati juga kerja di awal pagi raya.
5) Oleh itu, tak ada jalan-jalan beraya di rumah family sahabat.

=(

Yang menghappykan ,
1) Dapat solat sunat Aidilfitri dengan ma, ayah and adik sama-sama.
2) Hanum diberi kesempatan beraya dengan 2 orang sahabat di MMCL dulu yang dah 7 tahun tak jumpa, Hadi Syahiran and Ishak. Thanks.
3) Wa ada di Langkawi tahun ni. So boleh makan sedap-sedap.
4) Walaupun tak buat open house, tapi Wa telah masakkan makanan yang sedap-sedap untuk family hanum dan adik beradik yang lain.
5) Allah masih panjangkan usia hanum. Alhamdulillah.

=)

.. Macam biasa lah, bila banyak fikir-fikir banyak terkenang-kenang ni, hanum sentiasa perlu set balik mind hanum bahawa setiap yang Allah jadikan itu BERSEBAB bukan saja-saja. Allah lagi tahu daripada kita yang dicipta-Nya. So, let's back to fitrah.

*kan dah cakap tahun ni tak ada family potret, so tak ada lah gambar yang hanum nak postkan selain di bawah ini. tu pun search google. thanks google.


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Terima kasih,
Assalamualaikum.

Tuesday, 23 June 2015

Ramdhan

A


   ssalamualikum , salam sejahtera ..
Apa khabar ?

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan bulan penuh berkat buat umat Islam ..

Alhamdulillah .. Tahun ni , hanum berpuasa 100% di Langkawi , tak macam tahun lepas cuma 10% saja di Langkawi dengan family , yang bakinya semua berpuasa di Kulim dengan kawan-kawan .

perbezaan ? amat berbeza , kalau di Langkawi boleh la nak ma kejut bangun sahur, nak makan makanan berbuka pun ma yang masakkan .. Bila di Kulim ? Bangun sendiri, kadang 2 3 hari terbabas la jugak bersahur , bangun dah subuh , so mandi, siap, gi kelas lah ..
Tapi, Part nak buka puasa best , habis kelas balik rumah sewa terus menolong Kak Niza (salah sorang housemate) memasak . Dia punya masakan, sedappp .. Hanum punya skill memasak masih diasah, so please jangan mempertikaikan.

Kadang juga kalau nak merasa masakan orang Kulim, sanggup lah juga kami berjalan kaki, BERJALAN KAKI okay ? ke bazar , ada yang jauh ada yang dekat , better gi yang jauh sebab banyak makanan , kalau yang dekat banyak airrr..

Pernah la jugak kami beramai-ramai buka puasa sambil berjalan kaki balik dari bazar disebabkan kejauhan bazar dengan rumah sewa, ditambah dengan tenaga yang tak banyak mana, memang slow lah kaki melangkah. Tak sempat sampai rumah sewa dah azan magrib , makanya minum dululah sikit, sampai rumah terus makan berjemaah..

Best ?
Berpuasa dengan family dengan berpuasa dengan kawan-kawan sama ja dia punya tahap Best tu..
Sebenarnya tak kisah lah puasa kat mana pun, asalkan ikhlas LILLA HI TAALA. kan ?

so, dah hari yang ketujuh , Alhamdulillah sempurna ..
Semoga kita dapat selesaikan ibadah puasa dengan baik .

Selamat Beramal !

ps: yg tahu rumah Hanum, nanti raya jemput datang raya ke2 .. Inn Syaa Allah ..
     better inform dulu ok ?

Assalamualaikum . =)

Tuesday, 9 June 2015

Terima Kasih

Assalamualaikum , salam sejahtera semua ..
semoga sihat selalu .. amin ..

tujuan taip kali ni , Hanum nak ambik peluang untuk ucap terima kasih buat semua orang yang hanum kenal dan orang yang kenal Hanum.

first , kenapa tiba-tiba nak ucap terima kasih bagai ni ?

Sebab , Hanum rasa masa nya dah tiba untuk Hanum ucap terima kasih .
Yala, sebelum ni memang la Hanum secara automatiknya akan ucap "Terima Kasih" or "Thanks" kat orang yang tolong Hanum , tapi ucapan Terima Kasih kali ni lebih mendalam . Maybe.

Kepada ,

-Ma Ayah , kakak2ku dan adik , saudara mara jauh dekat samada rapat atau renggang.
-Rakan sepengajian tak kira lah dari PASTI dulu kala sampai lah sekarang ni Hanum tengah menuntut di PTSB , termasuk guru-guru juga , makcik kantin , pekebun , cleaner semuanya lah .
- Juga buat orang yang pernah mengajar hanum ngaji Quran.
- Orang yang pernah tolong Hanum angkat beg berat dari perut bas , juga orang yang tolong ambil fon hanum yang sudah berkecai atas lantai sebab jatuh di kantin , juga adik yang dah tolong kejut Hanum masa dalam bas dan ramai lagi ..
- Orang yang cuma kenal beberapa minit atau saat .
- Orang yang dah kenal bertahun lama .
- Orang yang pernah kenal dan rapat tetapi sekarang tidak lagi .
- Dan ramai lagi , semuanya termasuk Uncle Very Good .

Semua ya .. kepada semua yang kenal Hanum dan Hanum kenal .

"Terima kasih sebab pernah muncul dalam hidup Hanum . Hanum percaya bahawa setiap manusia yang hanum kenal di dunia ini , pasti ada baiknya . Tak , hanum tak nak fikir yang buruknya , sebab ayat ini "I CHANGED MY THINKING , IT CHANGED MY LIFE" .
so, kita lupa segala perkara buruk , segala benda negatif , ok ?
Inn Sya Allah , apa yang Hanum ingat cuma benda positif , termasuk lah kenangan manis. Selagi Hanum tak lupa ingatan , inn syaa Allah Hnaum tak akan lupa .
Perkara manis tu lah yang banyak bantu Hanum berubah sampai jadi Hanum yang sekarang .
So, terima kasih sebab bagi Hanum peluang mengenali kamu semua , insan yang Hanum kenali , sebab bagi peluang untuk Hanum create kenangan manis dengan kamu semua . Hanum hargai ."

Tapi , asasnya ,
Hanum amat berterima kasih kepada Dia yang satu , Allah SWT sebab , jika bukan kerana ketentuanNya , kita tak akan saling mengenali .


Terima Kasih Semua ,

Ikhlas ,
Hanum Syaira / Gadis Tulip / White Hacker

Saturday, 18 April 2015

Tiada Tujuan

Assalamualaikum .. Salam Sejahtera semua ..

Hari ni ? sekarang ni ? masih tercari-cari benda apa lah yang nak ditaip ..
fuhh .. tak senang , time ada idea tu la sibuk itu ini, time tak da idea lagu ni lah dia nak free sikit masa .. sikit ja lah .. satgi kena p study untuk final .. hmm..

Hakikat yang sebenarnya, ada idea yang nak di taip , tapi otak ligat fikir, fikir dan fikir , boleh ka tak Hanum taip ni ? kalau Hanum taip ni, ada tak yang sakit hati , ada tak yang salah faham .. nak jaga hati semua orang ..

Allah .. punya la otak ligat berfikir sampai last sekali , Hanum was like , "urm.. tak payah taip lah .." tapi nak taip jugak!

haa.. ini parah bagi daku yang bercita-cita ingin menjadi blogger macam Sis Yuyu Zulaikha , start berblog pun sebab suka usya dia punya entry walaupun daku tak pernah pun tinggalkan kiss (comment) di entry dia tapi daku kadang-kadang tercuit juga hati ini bila baca penulisan dia..
ya itulah penerangannya bagi soalan "Kenapa awak ada blog Hanum?"

Okay .. idea ? idea ?
......................... loading ............................... masih berputar ........................................................

okay okay ,
Idea tak muncul tiba juga ..
so , cuma nak pesan lah buat sesiapa yang terbaca ini punya entry ,
doakan Hanum berjaya dunia akhirat itu saja .. terima kasih ..

T-T (hati tengah hancur sebab still tak da idea)

Assalamualaikum ..

Tuesday, 3 February 2015

" Jangan Putus Asa "

Assalamualaikum .. Selamat Sejahtera .. =)

Ada suatu persaan sebenarnya masa tengah taip menaip nih ..
fuhh... payah yang amatlah nak faham perasaan yang ni, bukan marah , dan pasti bukan gembira ..

Apabila sedih , kecewa , geram , seceduk putus asa bercampur gaul bersama , letak pulak setitis air mata , rasa dia jadi lain macam .. lansung tak sedap dilihat apatah lagi nak ditelan ..

Allah .. saat ni bilang pada diri , " sabar separuh daripada iman hanum, sabar separuh daripada iman hanum " ulang dan ulang dan ulang lagi ..

rasa macam nak ja pack barang balik Langkawi , duk dengan ma ayah n family .. tp .. mana boleh esok quiz lah , final pun dah tak lama dah .. tak boleh tak boleh ..
hmm..

serba tak kena kan hanum ni ?
dah la tak pandai nak faham perasaan diri sendiri , apatah lagi nak faham orang lain , walau pun hanum dah cuba faham orang lain tu dan ingat hanum dah betul2 faham , rupanya, nyatanya hanum tak faham orang lain tu seinci pun .. hmm ..

itulah kelemahan hanum ..

dalam pada duk rasa macam nak putus asa ni tiba-tiba muncul la sesuatu yang lebih kurang macam dapatlah buat hanum cancel nak putus asa tu .. kiranya hanum tak jadi putus asa lah ..

this ..

" Jangan putus asa, cari balik perkara yang hilang itu, mungkin jumpa nanti.. Inn Syaa Allah.. Kalau tak jumpa jangan sedih.. Bersedialah untuk perkara yang baru.. Yang baru mungkin tak sama dengan yang lama.. tapi kuatkan semangat untuk jadikan ia lebih bagus daripada yang lama.. Jangan jadikan itu sebab anda berputus asa, islam tak pernah mengajar kita berputus asa.. Tapi sebaliknya islam mengajar kita berusaha untuk buat yang lebih baik (bukan niat berceramah dengan sedikit harapan dan alhamdulillah) "

Ingat selalu .. Inn Syaa Allah ..

Thanks

Assalamualaikum ..

Tuesday, 13 January 2015

Kenal Rasulullah SAW

Assalamualaikum ..
kali ni sengaja lah nk kongsi apa yang dapat .. sikit saja ..
rajin-rajinlah baca ya .. =)

12 Rabiul Awwal 1436H
BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut..
.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopa knya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya ag ak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan .
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antahra kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik..
Wallahua'lam Bissawab ....

# kongsi apa yang dapat .. 
Assalamualaikum .. =)

Sunday, 4 January 2015

Tuan Muda

Assalamualaikum ..

Tuan Muda , someone that always make me cry , laugh and fall in love at the same time ..

hubungan .. masuk tahun baru 2015 nih dah hampir 5 tahun berkenalan , am ayah saling kenal , ahli keluarga yang lain pun kenal , ma dah bagi lampu hijau ( guna baik2 ok? )

Kalau betul pengenalan kita Kerana Allah , 
satu sahaja doa .. "Ya Allah kekalkan kami dengan niat utama iaitu keran Mu.. "
itu saja ..

Tuan Muda , perjalanan hampir 5 tahun yang amatlah liku-liku , siap pernah terhumban , tergelincir , tersadung dan terluka berdarah putih kayak Mahsuri , tapi Alhamdulillah kita kukuh berdiri lagi ..
belajar dari kisah lalu bukan ulangi kenangan lalu ..

Tuan Muda , wait for end of 2015 .. 

Tuan Muda , <3

Tuan Muda , thank you .. 

Thursday, 1 January 2015

Entry untuk semua bila ku sudah tiada ..

Assalamualaikum .. =)

Kali ini , trdetik pula di jantung hati limpa dan urat saraf bahawasanya Hanum ingin memohon maaf yang tak terkira kepada semua yang kenali Hanum ..

kenapa tiba2 ?
..
mati , kita tak tahu pun bila .. kalau tahu , pasti amat pasti lah tiada hiburan di dunia , tiada yang berbalah merata-rata , yang ada semuanya sibuk beribadah ..

Allah bijak , teramatlah bijak ..

Ingat mati ?
tolonglah , selalulah ingat mati ..

percayalah , bila selalu ingat mati tu , nak buat apa pun pikiaq banyak kali , nak buat jahat pun tak jadi , sebab apa ? sebab takut nanti mati masa tengah menipu , takut nanti mati masa tengah derhaka dengan ma ayah ..

jadi .. ingatlah , mati tu amat amatlah pasti ..

......

Hanum nak minta maaf , nak minta halalkan segala-galanya yang diberi kepada Hanum ..
maaf kepada semua kenalan ..
rakan dan guru sejak PASTI , pra-sekolah , mangaji malam , tuisyen , SK EWA , mengaji petang , MMCL , SMK Ayer Hangat , POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH ..
saudara mara jauh dan dekat
rakan sekerja di 6D cinema , Cable Car Langkawi ..
kenalan di Cable Car , Facebook , Wechat , Whatsapp , Insta dan lain-lain lagi ..
kalau nak di senaraikan nama , Allah sahaja yang tahu betapa ramainya kenalan , ada yang hanum kenal mereka tak kenal , ada yang hanum tak kenal mereka kenal dan ada yang kita sama-sama kenal ..
Maafkan Hanum ,
dan Hanum sudah maafkan kalian semua ..

Assalamualaikum ..

Tentang rasa

Assalamualaikum ..

... tiada pembuka ...

saat ini , hati hanum mempunyai suatu rasa yang hanum sendiri tak dapat faham ..
mungkin Kehilangan , mungkin Penemuan , mungkin juga sesuatu yang Rahsia ..

Rindu ,
pada sahabat , hanum sendiri rindu mereka iaitu sahabat , rindu gelak tawa mereka , rindu keperihatinan mereka , rindu khabar dari mereka , rindu gurau senda mereka  ..
yang pasti Allah aturkan ini semua ..

Allah ..
Hanum amat rindukan mereka ( Cah, Na, Yati, Qis, Tin )

Assalamualaikum .. ='(

Tuesday, 11 November 2014

K pop dan Hanum ?

Assalamualaikum.. Annyeong !
Seperti yang dijanjikan suatu hari dahulu, korea lah harini kannn..

Ok2, minta maaf siap-siaplah buat yang bukan peminat K pop tu .. Hanum ni pun bukan lah fanatic sangat dengan K pop nih, Hanum takat suka Drama dengan Lagu ja..

Baiklah, tapi bukan Hanum nak ceritakan segala drama dengan lagu Kpop nih, Hanum nak cerita apa yang paling Hanum suka aja ..

Ok, Yong Hwa (ntah betul ka tak Hanum eja nama dia tu tak tahu lah) umur dia? Ntahlah, tak tahu.. girlfriend dia? Lagi lah den tak tahu, yang den tahu suara dia sedap dan lagu dia, ohsemmmmm..
Yong Hwa nih vokalis utk band Cnblue.. lagu2 depa serius best, and lagu first depa yang buat Hanum terus melekat nih tajuk LOVE dengan LOVE Girl .. best sangat , maybe memang Hanum ni jenis yang suka lagu genre macam tu kot .. and suara dia merdu lah … (^_^)

Hanum makin suka band nih bila tengok cerita Heartstrings, 1 band terus belakon dalam drama tuu.. yup.. cerita tu dah lama dah , tapi hanum baru berkesempatan tengok kat tv7 setiap 12-1 tengahari (sekarang dah habis, hanum mapu tengok balik scra online, sbb yang kita tv tu selalu missed ada kelas)

Lagi 1 yang Hanum suka pasal dia, dia padai main gitar .. sememangnya Hanum ni jenis yang suka lelaki yang pandai main gitar, tak tahu lah kenapa, tapi mungkin sebab nampak smart kot bila main gitar .. tapi lagi smart bila lelaki duduk saf’ paling depan dan jadi imam untuk solat kannn ? >.<

Apa2 pun, Yong Hwa lah paling Hanum minat kalau ikut Kpop,

Ada lagi yang lain mcm kumpulan Beast lagu ‘shock’ .. Kalau perempuan Hanum tak jumpa lah band , yang Hanum jumpa kumpulan biasa ja lah.. Kumpulan perempuan Hanum paling minat 2ne1, yang lain? Tak tak takkkkk.. 

dalam cerita Heartstrings dia selalu pakai baju warna putih, i like !

Headfon kita sama wahai Yong hwa.. hehe


itu saja harini, nak sambung tgk Heartstrings! tata..
Assalamualaikum .. =)

Saturday, 1 November 2014

Favourite song ?

Assalamualaikum . hai .. =)
(maaf lah, sekarang terasa nak tiap hari main taip2 kat blog ni then publish, publish n publish.. hehe)

siapa lah pulak mamat ni kan ?
 nak tahu?


Ya ! mamat korea lah .. nama dia Eric Nam dan baru ja semalam dia tarik hati hanum jatuh dengan suara dia bila dia cover lagu "Eyes, Nose, Lips" dalam bahasa english .. Dia ni penyanyi juga, penyanyi baru ja.. umur dia ? 26 tahun.. hehe (hasil, google search)

Asalnya, semalam tu buka youtube nak tengok lirik lagu "Come Back Home" by 2ne1 , tiba-tiba muncul pula video lagu tu .. Aduhai.. Housemate hanum tahu la macam mana gelagat hanum bila dengar lagu tuh.. 

Penyanyi asal lagu tu Teayang dari group Bigbang, dan lagu dia full korea.. tapi Eric Nam ni dia translatekan lagu tu jadilah lagu dalam bahasa matsaleh nih .. 

Hanum suka ! suka ! suka ! lagu nih wei.. 

Teayang dari kumpulan Bigbang .. penyanyi asal ..
nak dengar lagu asal ?


lirik lagu dia hanum suka, terbayang pulak suami hanum petik gitar main lagu tu bila hanum merajuk .. Eiii .. melebih sudah , akad nikah pun belum .. hehe

itu ja lah yang nak diceritanya.. 
pastikan dengar lagu tu tau ! tapi jangan sampai lupa Allah pula ! 
Assalamualaikum .. =) <3

Friday, 31 October 2014

.. ma ayah

Assalamualaikum..

... *baru letak fon, cakap dengan ma..

Final exam esok, 1/11/14 , subjek Law, semoga Allah permudahkan.. Amin.. itulah call ma, gitau nak exam esok, harap ma doakan yang terbaik untuk anaknya nih.. Amin.. 

tak.. janganlah salah faham, jangan cakap, 
" Hanum nih, nak exam, nak itu, nak ini baru call ma.. ish3.. "
harap Allah jauhkan diri pembaca dari berfikiran sedemikian lah.. 

Restu ma ayah nih, bukan time nak exam, nak kahwin ja yang nak di mintanya.. Kita nih, haraplah ma ayah restu setiap apa yang kita lakukan walau di mana kita ada, sepanjang hidup kita.. InsyaAllah, Allah permudahkan hidup..

Hati, perasaan ma ayah tu mahal, kita kena jaga, bukan macam nak jaga harta kita dari lenyap, tapi kita kena jaga jauh lebaih baik dari tu tau.. Ma ayah kita tu Allah pinjamkan sahaja, bukan milik kita pun .. 

Tapi ingat tolong ingat tiap titik peluh ayah cara rezeki untuk jaga kita, ingat tiap titik susu dari badan ma kita dan ingat darah kita ni datangnya dari mana kalau bukan ma ayah kita tau..

 Allah hadirkan ayah, yang sangat lah penyayang.. Alhamdulillah .. Allah adakan ayah yang sentiasa ada untuk anak2nya .. Syaira sayang ayah .. (gambar sem lepas ayah hantar dekat asrama, atas katil hanum..)


Seorang mak yang tak pernah tahu penat , yang tegas , yang selalu juga dengar cerita2 dari kami anak2.. Allah .. terima kasih sebab Engkau hadirkan Nya .. 
(love u till the end)


Jangan jadi anak derhaka, jangan jangan jangan ..

Doakan yang terbaik buat mereka, doa supaya Allah jauhkan mereka dari Api neraka .. Aminn..


Thursday, 30 October 2014

*yes, i'm crying ..

Assalamualaikum ..

Ya, harini ingat tak mau post entry , tapi tiba-tiba rasa macam nak share perasaan ni .. (tgk tajuk pun harap faham..)

Hanum baru habis study Law, ya untuk final sabtu nih , dan sengaja lah Hanum buka blog Hanum dan ya Hanum tgk senarai blog yang Hanum follow , tak ramai tapi dalam tak ramai tu ada satu blog yang langsung tak asing dari hati, fikiran .. (T_T)

Her Illusionist ,
Aish .. (hati buat hal)
Rindu arwah .. sentiasa .. tapi tiba-tiba tersentuh untuk satu ja ayat yang arwah mention dlm entrynya ,   YESSSSSSSSS 

6. Aku nak hangout dengan kawan-kawan yang takpernah aku hangout lagi. (Hanum , sorry)

Yaa.. kami langsung tak pernah hangout .. lepas kami berdua masing2 pindah, arwah ke SMK Mahsuri , Hanum ke SMK Ayer Hangat , kami tak pernah hangout macam orang lain ..
ada lah kalau tak salah, Hanum chat dgn arwah ajak jumpa tapi rumah kami tak dekat, jauh..

Tapi, Allah tolong kami, Allah jumpakan kami di Larian Merdeka (form 2) , seminar (form 3, 4, 5)
.. susah nak jumpa, tapi bila dah jumpa, Allah bagi peluang , peluk cium itu wajib..
rindu ? siapa tak rindukan sahabat ?

now, i just can =')
.. dah, jari menggeletar .. dan kat luar hujan turun, Allah gantikan air mata mungkin? Hati ini ? Allah ja yg tahu ..

Al-Fatihah for you sayang .. i miss u Yas ..

Tuesday, 28 October 2014

Putih

Assalamualaikum ..

ok, kali nih, hanum rasa macam terlalu bersemangat pulak nak menaip.. kemain laju lagi nih taip tak sampai 5 minit (itu mengarut.. loading saja dah 10 minit.. T_T )

maaf di atas penipuan di atas. ia hanya auta bukan fakta kerana diri ingin menyedapkan hati diri sendiri bahawasanya punyalah line selowww, tapi belum sampai tahap kuasa 360 sbb masih mampu lagi loading.. sanggup ku tunggu biarpun seribu saat lagi kalau tak memang dah logout .. so pelis lah hargai apa yg ku taip ini .. hehe dalam hati mesti cakap "perlukah?"

ok2, pembukaan yang agak jauh dari tajuk di atas .. maapkan saya.. >.<

---------------------------------------------------------- mood tukar jadi serius sikit ---

Baiklah ..
Hanum ada soalan yang nak ditanya,

Kenapa asal dengar "putih" mesti akan timbul kat akal tu,

1) "budak nih dah sampai ajalnya ya dak? asyik dari haritu lagi asyik cakap pasal warna putih.."
2) "dia ni dah kenapa, buang tebiat ka apa ? mimpi hantu semalam kot ya?"
3) "sampai hati dia, mesti dia dah nak tunang? tak pun nikah? tak pun dah kawin dah? tak kasi tahu pun.."

Aduyai .. tudia lah fikiran manusia kan ? (hanum pun manusia ok?) Asal boleh fikir tu, fikir kemain banyak lagi.. itu ini itu ini yang difikirnya.. ish3..

Hanum bangkitkan segala ni sbb Hanum sendiri suka warna putih dan Hanum tetiba teringat bila lect tnya hanum , (time tu hanum pakai jubah putih kesayangan hanum) "baju tunang ya?"

tak.. sapa cakap Hanum marah dia, Hanum tak marah dia, Hanum cuma balas soalan dia dengan senyuman ja.. sbb Hanum faham dia memang macam tu.. cuma Hanum terfikir kenapa dia fikir jubah tu jubah tunang eh ?

dan.. Hanum belum lagi dapat jawapan untuk soalan tuu..

ok.. untuk Hanum, kenapa Hanum suka putih ni sebab warna dia suci, tenang ja tengok.. serius tak bohong Hanum suka tengok orang yang berpakaian kemas warna putih .. Allah.. sungguh cair hati ni tahuu..

asalnya, hanum baru ja berminat dengan warna putih ni, sebelum ni hanum suka warna2 pastel .. baru ja 2 3 bulan ni Hanum macam berminat lebih dengan warna putih nih..

dah mula kumpul benda-benda warna putih , jubah, baju, laptop, headfon, tasbih and insyaAllah banyak lagi maybe .. kalau ada yang nak tolong tambahkan koleksi barang putih hanum tu boleh lah msj hanum nanti hanum kasi alamat.. hehe

owh ya.. hanum ada baca satu artikel, tak ingat kat mana, mungkin facebook ,
"bahawasanya, Rasulullah itu sukakan warna putih.." , betulkah ?

sebenarnya, tak kisahlah suka warna apa pun kan.. asalkan kita suka kan ? soo.. teruskan buat apa yg diri suka, aslkan tetap jadi diri sendiri ok ? Araso ?


masa untuk publish, nak tengok Heartstring ! Abg Yonghwa tengah tunggu.. hehe.. nanti hanum cerita siapa dia Yonghwa ok ?

tata, Assalamualaikum..

Saturday, 25 October 2014

Bukan Milik Kita

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera .. >.<

mood baru habis study law .. ( ''_'' )

Kali ni, hanum cuma nak luahkan pendapat hanum, cuma PENDAPAT ya, bukan fakta tau ..
so, kalau ada pendapat lain sila lah kongsi ya !

Pernah tak dalam hidup kita, akan hadir sesuatu, atau seseorang yang buat kita gembira tapi ia/dia  tiba2 hilang?
Dah lah hilang lepas tu tak dapat dikesan pulak tu ..
Apatah lagi nak bertembung, berhubung, nak tnya khabar kan ?

Pernah tak ?

Kalau soal hanum nih, ya.. mesti pernah ..
yang datang tiba2 dan hilang tiba2 ( hilang tak semestinya mati tau .. )

Perasaan kehilangan ?
Allah saja lah yang tahu kan ? tak mungkin lah nak happy bila benda atau org yg kita suka yg selalunya ada dengan kita tiba2 tak ada kan ?
fikir logiknya mestilah sedih kan ? Sedih yg teramat ka, tak teramat ka itu bergantunglah pada diri yg merasa kehilangan tu kan ?

rasa mcm banyak pula persoalan di atas tu kan ? (tgk, persoalan lg !)

Ok, tiada lagi persoalan , sekarang yang ada cuma jawapan .. InsyaAllah ..

Bila kehilangan, hati kita pastilah sedih ..
Hanum pernah rasa kehilangan dan ya, hanum rasa kesedihan tu .. Apa yang hanum buat bukan cuba untuk lupakan dia / ia .. tapi , hanum cuba fikir , mesti ada sebab Allah buat macam ni dan mesti ada hikmah di sebalik kejadian ni .. Hanum cuba sedaya upaya hanum untuk still fikir positif .. hanum akan cuba untuk nasihat pada diri untuk terima seadanya.. Allah know more  ..

"Allah know more"
Ya, sebab tu lah hanum buat segala benda yang atas tu, perlu terima segala tentuan Dia ..
sebab Allah punya hak lebih dari kita untuk tentukan apa yang akan bakal terjadi, perlu terjadi, dan tak mungkin terjadi pada diri kita nii..
Allah pencipta kita , Allah tuhan yang 1 .. Allah adalah segala2nya , dan kita bukan siapa2 tanpa Dia ..

Yang hilang itu pasti berganti .. mungkin Allah nak hadirkan yang lebih baik untuk kita .. InsyaAllah ..

Kesimpulannya, tiada satu benda pun malahan tubuh badan kita sendiri milik kita.. Segalanya milik Dia ..
terimalah ..

setakat tu sahaja lah ya .. tiba2 mood hanum hancur .. ( T_T )

".. yg hilang itu, ku mahu kamu tahu bahawa aku tak lupakan kamu.. "

Assalamualaikum..

Friday, 17 October 2014

Hijrah

Assalamualaikum.. ( lama dah tak buka blog ni ya.. last tahun lepas.. maafkan saya )

Allah .. mood hanum dalam tahun ni masih mood yang sama, mood Hijrah..
Satu benda yg Hanum cuba sedaya upaya lakukan yang terbaik , insyaAllah , jika Allah perkenankan nak sangat niat di hati ni tetap lurus, Lilla hi Taala .. Doakan Hanum ..

Pengakuannya,
hanum setuju yg amat dengan org yg ckp, "nak buat benda yg baik memang susah, bila nak buat benda jahat bukan main senang lg kan ?"
dan
hanum juga setuju ada dia yg menyatakan, "Kita perlu terima kekurangan kita.."

Yaa.. Hanum terima kekurangan hanum, tapi hanum tak mahu ia semakin kurang kurang dan kurang .. Tambah2 bab agama nih, sebolehnya nak makin banyak banyak dan banyak pengetahuan Islam yg lebih mendalam , tp , tak senang .. susah .. susah sangat sebab Allah nak kita usaha .. Yaa.. Hanum sedar tuu .. Usaha tangga kejayaan , dan sabar itu indah ..

Dosa hanum yg dulu kala, sekarang dan akan datang tu, hanum harap pengampunan dari Nya .. Allah .. takut lg pada Allah ..

Sebab tu lah hanum buat perubahan ni , sbb Allah ..

Hanum cemburukan Felixia Yeap , dia baru ja masuk Islam belum pun sampai setahun , pakaian dia dah menutup aurat , bertudung labuh , berstokin ..
dia juga bukan Islam dari lahir , sedangkan hanum dari dalam kandungan lagi sudah di beri agama Islam , tak dpt lagi Hanum tak dapat jadi mcm dia..

betul.. kita kena jadi diri kita sendiri .. tapi, tak salah kan kalau kita pilih seseorang utk kita jadikan pembangkit semangat kita utk kejar Jannah Allah ? Hanum pilih Heliza Helmi .. Ya Allah , sejuk mata memandang , tenang hati Hanum dengar Heliza alunkan ayat Al-Quran , live di PTSB sem lepas .. Hanya Allah yg tahu perasaan ini ..

Oleh itu, hanum cuba sedikit demi sedikit , satu demi satu , langkah demi langkah ..

Doakan Hanum , Doakan Diri Kita ..
Moga sama2 di jalan yang lurus .. Amin ..

Assalamualaikum.. =)

Friday, 2 May 2014

Pesanan ikhlas part 2



Assalamualaikum..

Hanum kembali! Mcm yg hanum janjikan di entry yg lepas, pesanan ikhlas yg hanum cerita tentang ma hanum, entry kali nii, hanum nak ceritakan ayah hanum pulak!

Ayah hanum, (Encik Hashim bin Ariffin) Happy Birthday Ayah!!!

Bertuah hanum rasa dpt ayh mcm ayh hanum sekarang ni.. Ayah yang sangat riang dan sentiasa faham apa yg ank2 dia suka dan tak suka.. ayah yang selalu call tnya “Syaira dah makan ka?” “Syaira cukup duit tak?” masa hanum ada dekat poli.. Ayah hanum ni, aktif, suka bersukan, suka buat apa yg ank2 dia buat.. yang penting, ayah hanum sangatlah penyayang!

Suatu ketika, hanum dgn kak lang (kakak hanum yang ketiga, Hani Ajirah) dgn Alif (Farid Syazwan, dah anggap mcm adik beradik sendiri) duk main2 kat luaq rumah hanum.. kejadian tu, masa kami bertiga sekolah rendah, tak pun hanum dgn alif sekolah rendah, kak lang sekolah menengah, ntah lah, hanum tak berapa nak ingat, hehe.. yang pentingnya, masa kami duk main tu, tiba2 kak lang ckp dia nak bina pangkin, nak buat tempat untuk kami duk rehat2 bawah pokok rambutan.. angan time tu memang tinggi gila, sebab kayu yang nak diguna sah2 la lg besaq siap lg tinggi dari org yg angan2 nak buat pangkin tu.. hehe.. tapi, memang kami dah tekad sngt2 dh, kami pun siap sedia la kayu2 dgn papan yang nak guna tu.. time buat memang tak terfikir pun apa ma ayh kata kalau buat mcm tu, sbb semangat terlebih.. siap angkat kayu, k.lang dah sedia paku, tali semua yang perlu diguna lah.. siap sedia dah tiba2 ayah balik dari kerja.. terus rasa takut kena marah dgn ayah, duk diam ja, konon2 tak da apa yang berlaku..

Ayah tanya, “nak buat apa tu?” , kak lang jawab “nak buat tempat duduk2 dkt sini” ayah jawab balik,  “haa.. tunggu sat ayh p mandi dgn sembahyang dulu” . Tunggu sat? So, kami mampu tunggu la.. tunggu punya tunggu ayh keluaq siap dgn baju nak bertukang dia, “Yes! Ayh nak tolong!” Bila tgk ayh punya semangat tu, amboi, kami lg la semangat.. buat2 semua siap dah, cantik dah, siap test lompat2 ats tu, nak tgk kukuh tak kalau lompat dari atas pokok rambutan jatuh ats pangkin tu, gembira tak terkira lah kami ni.. hehe..

Nak membuktikan sifat penyayang yang teramat sangat ayh hanum dgn anak2 dia dan anak org lain, bila suatu ketika hanum dgn kak lang duk main dgn alif dgn kawan2 dia yg lain dkt rumah Cik Nab (tok kepada alif), rumah dia sebelah ja dgn rumah hanum.. masa duk main tu, kami ternampak ayh lalu dgn kereta dia dpn rumah cik nab, ayh siap bg hon.. yang mnggeramkan dan menimbulkan kejelesan hanum time tu bila, alif dgn budak2 laki yang lain yakni kawan2 dia, lari2 ank ikut belakang kereta ayah sampai la ke rumah hanum.. Sampai ja, ayah keluaq dari kereta, depa semua dah siap tunggu depan pintu kereta, ayah cium dahi masing2 terus depa senyum kambing dan lari balik rumah cik nab balik.. hui, memang kejelasan lah sifat penyayang ayah hanum tu.. =D

Buat ayah : Syaira love you much.. Terima kasih, sebab ayah rajin cari duit untuk ank2 ayah, ayah selalu faham apa yang 5 ank perempuan ayh nak dan mcm2 lg.. Ayah yg selalu jaga Syaira, ayh insan pertama bila Syaira dgn ank2 ayh yang lain dilahirkan, Ayah sanggup g hantar Syaira hari2 masa sekolah menengah, Ayah juga yang teman Syaira daftar dekat poli, ayah yang selalu call tanya khabar... ayah memang ayah yang terbaik.. love u much3.. Syaira sedang usahakan sesuatu yang terbaik untuk bantu ayah di akhirat kelak.. love u.. =)

Pesanan iklhas : Ayah, walaupun dia jarang ada dekat rumah, dia lah yang cari duit untuk jaga anak2 dia tau.. so, bantu ayah walau dgn apa cara sekali pun.. jgn buat ayah marah, jgn buat ayah sakit hati, senang cakap hormatilah ayah kita.. jadikan dia hero kita selama2nya.. Tanpa ayh, siapa lah kita..


Setakat itu dahulu, entry hanum.. dah habis part 2, dan ini lah part terakhir.. nanti, kalau brpeluang hanum taip lg dgn entry yang lain.. InsyaAllah.. =)


Assalamualaikum.. 

Monday, 28 April 2014

Pesanan Ikhlas,

Assalamualaikum, salam sejahtera.. =)
Apa khabar? Sihat? Harap2 sihat selalu ya.. (ayat skema teruk)

Ok, tiba2, harini Hanum teringatkan Ma dgn Ayah..
Hanum selalu tgk Ma dgn Ayah Hanum kerja kuat, cari duit untuk jaga 5 anak perempuan depa (mereka) nii..
Jujur ckp, Ma Ayah tak pernah pandai untuk rasa diri sendiri tu penat ka tak. Yg penting, depa kena pastikan anak2 depa ni selalu sihat dan gembira..

Ma Hanum, (Puan Halijah Binti Wahab)

Dialah ma yang Hanum rasa paling HEBAT di dunia ni, ma yang tak pernah penat, tak pernah tahu duk diam2 rehat kat rumah, kalau ada dirumah pun ada saja benda yang nak dia buat..
Yang paling Hanum suka sekali, ma Hanum tak takut, tak geli dgn ular..

Pernah la, satu ketika, waktu tu hanum sekolah rendah kot, ma hanum tgh solat asar, kami berdua ja kat rumah time tu, hanum duk dekat ruang tamu utama tgk tv.. Nak dijadikan ceritanya, hanum rasa mcm ternampak sesuatu panjang menjalar2 kat lantai dkt ruang tamu depan.. sekali tgk, hanum ok lg, alih kali kedua, hanya Allah ja la yang tahu betapanya nak digambarkan kegelian yang hanum rasa sampai loncat berdiri dekat atas sofa.. Adui, memang ular lah.. Hanum time tu memang tak dapat gerak dah, duk doa ja dlm hati bg ma cepat2 habis solat..

Tgk ma siap baca doa, terus pgl ma, “ma, ular..” (muka pucat lesi) “apadia? Cuba cakap kuat sikit”, (ma bls dgn slumber) “tu.. ular..” , (suara kuat la sikit) ..
Ma baru dgr luahan hati hanum masa tu, terus ma kata, “duk situ diam2”. Tak payah la bygnkan mcm mna rupa muka hanum time tu, memang serius gila lah, geli tak terkata, siap sinting kaki seluaq lg sbb rasa mcm ada benda duk menjalar dkt kaki.. Ma hanum keluaq rumah guna pintu dpur, tahu dah apa yang dia nak ambik, BULUH la.. Ma masuk balik, pelan2 ja ma p kat ruang tamu depan tu, hanum tgk ma masa tu, hanum gambarkan mcm ma siap sedia nak p berperang tau, dalam hati “KAULAH HERION KU SELAMA2NYA MA! Maaf Syaira tak mampu nak menolong..” tiba2 dgq bunyi ma duk balun ulaq, Ya Allah, betapa berani dan betapa ma tak tahu takut kena patuk ka apa dgn ular tu, akhirnya ma berjaya membunuh ular tersebut! Yei! Alhamdulillah!

Tak2, jgn babitkan ma hanum dgn kes pembunuhan, no!3 ma hanum bunuh ular tu sebab ma hanum sygkan hanum.. ma tau betapa gelinya (tak takut okeyh) hanum dgn ular..
Haa.. itulah ma hanum..

Buat ma, thanks for everything, dari syaira kecik sampai la syaira besaq sekarang ni.. Jaga syaira time baby, masa umur syaira 4 tahun, ma jaga syaira dkt hospital.. ma hantaq ambik syaira p sekolah masa sekolah rendah, bila sekolah menengah ma ambik syaira kat sekolah bila kena tgl dgn bas, time syaira teriak tgk result2, ma pesan, “Syaira dah buat, syukur lah.. tu yang syaira mampu, yang penting buat dgn ikhlas dan jadi diri sendiri”.. Syaira excident, ma mandikan, ma suapkan, ma tlg pakai baju, ma tolong sikat rambut, semua ma buat.. Terima kasih sgt2 ma.. Terima kasih, Syaira tak mampu nak balas semua apa yang ma buat untuk Syaira, Cuma 1 benda ja yang Syaira tgh usahakan skrg untuk tlg ma di akhirat nanti.. Doakan Syaira berjaya ya.. Love u ma.. <3

Pesanan ikhlas : So, walau apa pun yang terjadi, ma, tetap ma.. kita kena hormat dan sentiasa jaga hati ma. Sebelum ckp apa2 dgn ma, fikir dulu, betul ka tak, ok ka tak, kasar ka tak, tersentuh ka tak hati ma bila dgr apa yg kita nak ckp tu.. Kita dah kahwin ka, belum lg ka, masih belajar ka, dah bekerja ka, kita tetap kena doakan yang terbaik dan buat ma kita  hpy sentiasa.. kalau ma dah tak ada, doa ank2 soleh/solehah ma saja yang boleh bantu ma masa tu.. siapa anak2 soleh/solehah ma kita? Fikir ya.. =)


Hmm, itu sajalah untuk entry kali ni, next entry, insyaAllah Hanum cerita pasal Hero hanum ya, Encik Hashim bin Ariffin (ayh) .. =)

Assalamualaikum..